Kategori Berita Antarabangsa

Syria tembak jatuh jet tentera Israel

10 FEB: Israel dilaporkan melancarkan serangan udara terhadap sasaran serta pertahanan udara Iran di Syria hari ini sementara tentera Syria mendakwa berjaya menjatuhkan jet F-16 milik Israel yang terhempas di utara Israel.

Tentera Israel berkata jet F-16 berkenaan terhempas ketika misi menyerang kawasan pemasangan drone Iran di Syria, kawasan yang menjadi lokasi tentera Iran dan sekutunya mendirikan tapak utama ketika berjuang untuk memberi sokongan presiden Bashar al-Assad.

Menurut Israel, kapal perangnya diserang di Syria, meski masih tidak dapat dipastikan punca jet berkenaan terhempas.

“Dua belas sasaran, termasuk tiga kubu penyimpanan senjata pertahanan udara dan empat sasaran Iran yang merupakan sebahagian fasiliti ketenteraan Iran di Syria diserang,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.

Sementara media Syria melaporkan dua serangai berasingan tentera Israel.

Dalam serangan pertama, sumber tentera berkata pertahanan udara Syria melepaskan tembakan sebagai membalas tindakan “pencerobohan” tentera Israel terhadap markas tentera, yang mengenai “lebih daripada sebuah kapal.”

Kemudian Reuters melaporkan pertahanan udara Syria turut membalas serangan terbaru Israel dan pertahanan udara berjaya menggagalkan serangan ke atas posisi ketenteraan di selatan Syria.

Pertempuran terbaru itu menandakan pertembungan baru yang lebih bahaya antara kuasa antarabangsa yang terlibat di Syria.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 February 2018 7:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: