Kategori Berita Utama

Taat & setia, jaminan keselamatan negara

12 JUN: Kesetiaan dan ketaatan atau ‘walak’ kepada kepemimpinan negara merupakan satu jaminan keselamatan kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tanpa penerapan elemen berkenaan, akan berlaku kewujudan kumpulan yang mengkhianati negara seterusnya menggugat keselamatan rakyat.

“Penting prinsip walak dan kesetiaan ini kerana segala kejayaan tidak mustahil tidak dapat dicapai, ” katanya berucap pada majlis Jalinan Ramadan 2017 bersama pasukan beruniform anjuran Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Isnin.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdullah Jalil dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada masa yang sama, Najib menegaskan bahawa perang Badar dan Uhud mempunyai pengajaran besar kepada umat Islam mengenai prinsip walak dan kesetiaan itu.

Katanya, tentera Islam menang pada perang Badar walaupun ketika itu mereka berpuasa dengan jumlah angkatan yang lebih kecil berbanding musuh.

“Berbeza dengan Perang Uhud pada bulan Syawal yang mana tentera Islam kalah kerana mereka tiada prinsip walak, tidak mendengar arahan Rasulullah dan sibuk berebut harta peperangan, ” katanya.

Sementara itu, Najib berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang tetap setia dan taat terutama dalam memastikan keselamatan negara terus terjamin.

“Tanpa pengorbanan anggota keselamatan ini kita mungkin tidak dapat menikmati kemanisan Ramadan menunaikan ibadat puasa dan solat terawih di masjid dalam keadaan aman, ” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 June 2017 5:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: