Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tabung Haji bukan pembayar hutang 1MDB

17 APRIL: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menolak dakwaan kononnya pembelian tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) di ibu kota sebagai cubaan untuk membantu membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sebaliknya Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia merupakan satu pelaburan untuk jangka masa panjang.

“Pembelian tanah di TRX akan memberi pulangan pelaburan yang baik kepada Tabung Haji dan para pendepositnya.

“Ini disebabkan harga tanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran dan ia menjadi aset,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Menurutnya harga belian pada tahun 2015 adalah RM189 juta atau RM2,774 kaki persegi.

“Sekarang, nilai tanah di TRX meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 kaki persegi dan Tabung Haji sudah untung sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian,” kata penyandang Ahli Parlimen Baling.

Azeez (foto) mengulas isu berulang yang dibawa oleh DAP di media sosial mengenai pembelian tanah Tabung Haji di TRX yang didakwa untuk menjelaskan hutang-hutang 1MDB.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 6:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: