Kategori Ekonomi

Tabung Haji Properties intai labur di London, Jakarta

5 DIS: TH Properties Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah Lembaga Tabung Haji sedang mengenal pasti pasaran kediaman di London dan Jakarta.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Roszali Othman bagaimanapun berkata syarikat itu sedang mengenal pasti rakan kongsi yang tepat untuk bekerjasama di kedua-dua bandaraya itu.

“Kami masih mencari rakan kongsi di London dan Jakarta,” katanya di luar majlis Anugerah Hartanah Antarabangsa 2017 di ibukota pada Isnin.

Menurutnya, keputusan untuk mencari rakan kongsi dalam meneroka pasaran baharu dibuat berdasarkan kejayaan di  Sydney, Australia.

Tambah Roszali melalui usaha sama 50:50 dengan pemaju tempatan di Australia, syarikat itu memperoleh beberapa projek kediaman dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM3.5 bilion.

“Syarikat itu juga sedang berusaha mengembangkan perniagaannya ke pasaran perumahan di Melbourne dan Perth.

“Namun peluasan itu bergantung kepada rakan kongsi dan lokasi yang sesuai,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2017 4:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: