Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tabung Haji sumbang RM600,000 pada Yayasan Orang Buta

20 JULAI: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sejumlah RM600,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM).

Selain itu, seramai 50 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dari Kuala Lumpur dan Selangor  turut menerima 50 unit peralatan khas Smart Braille daripada Tabung Haji.

Pengerusinya, Datuk Seri Azeez Rahim berkata ia bertujuan bagi memberi peluang kepada mereka untuk cemerlang dalam bidang pendidikan dan pekerjaan di masa hadapan.

“Anak-anak yang kurang upaya khususnya penglihatan mereka, dunia hari ini menuntut mereka memerlukan braille ini.kalau kita nakkan anak-anak kita yang yang OKU ini, kurang penglihatannya, kita nak mereka berdiri sama tinggi duduk sama rendah, kita kena ada braille pintar ini,” katanya dalam program sumbangan Smart Braille program Iqra di Setapak, Rabu.

Paparan Braille adalah alat khas yang dibeli dari Amerika Syarikat dimana ia berfungsi sebagai skrin yang memaparkan paparan dalam bentuk huruf brail apabila disambungkan ke komputer atau perlatan mudsh alih seperti tablet menerusi sambunhan USB atau Bluetooth.

Majlis yang dianjurkan itu adalah inisiatif TH dengan kerjasama Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) bagi menyedia dan melengkapi golongan OKU penglihatan dengan medium paparan braille serta latihan dan kemahiran kepenggunaan untuk membuka lebih peluang kepada golongan berkenaan.

Jelas Azeez, ia adalah bertujuan supaya golongan OKU ini dapat berdaya saing dalam bidang yang mereka minati di masa hadapan tanpa prejudis dan diskriminasi.

“Ini merupakan pendedahan awal kepada pelajar untul masuk ke pengajian tinggi dan pekerjaan di masa hadapan, ini merupakan persediaan dan pelaburan untuk melahirkan generasi yang celik IT.

“Kita juga nak lihat pemimpin dan masyarakat kita berilmu serta tidak jahil dalam teknologi maklumat,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 July 2017 1:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: