Kategori Berita Utama

Tabung Haji umum agih hibah 6.25 peratus

7 FEB: Kadar hibah tahun 2017 akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit sementara hibah haji diberi kepada 8.7 juta pendeposit belum menunaikan haji.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan perkara tersebut dimana daripada jumlah itu sebanyak 4.5 peratus kepada pendeposit dan tambahan hibah haji sebanyak 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan fardu haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bayaran hibah tahunan itu akan memberi manfaat kepada keseluruhan 9.3 juta pendeposit.

Menteri Di JPM Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan Hibah Lembaga Tabung Haji 2017 di Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Turut hadir Timbalan Menteri Di JPM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah

Beliau memberitahu, secara keseluruhannya, TH akan mengagihkan RM2.7 bilion sebagai hibah kepada pendeposit.

“Pengagihan hibah ini telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM68 juta dan asnaf-asnaf yang layak di seluruh negara.

“TH juga telah membelanjakan sebanyak RM356 juta bagi pengurusan haji tahun 2017 di mana RM298 juta merupakan subsidi haji dan RM58 juta adalah kos tidak langsung,” katanya pada sidang media pengumuman hibah TH 2016 di Kompleks Islam Putrajaya, Rabu.

Turut hadir Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

Bagi tahun 2016, TH mengumumkan kadar hibah kepada pendeposit sebanyak 4.25 peratus dan tambahan hibah haji sebanyak 1.5 peratus.

Mengulas lanjut, Jamil Khir memberitahu, TH akan terus mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah pada tahun ini walaupun kos sebenar meningkat kepada RM22,450 berbanding RM19,550 seorang tahun lalu.

“Pada musim haji akan datang, TH akan memberi subsidi haji kepada seorang muassasah kali pertama sebanyak RM12,470 atau 56 peratus daripada kos haji.

“Ia berikutan peningkatan kos haji sebanyak 15 peratus kepada RM22,450 bagi seorang jemaah berbanding tahun 2017.

“Jadi keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH adalah sebanyak RM400 juta.

“Sejak 10 tahun lalu, TH telah menanggung subsidi haji lebih RM1.2 bilion yang jelas menunjukkan komitmen,” katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, bagi tahun kewangan 2017, TH telah mencatat pendapatan kasar hampir RM4.5 bilion manakala merekodkan untung bersih lepas zakat hampir RM2.8 bilion.

Dalam pada itu, para pendeposit boleh menyemak pengkreditan hibah 2017 di kaunter TH dan ATM bank-bank rakan strategik selewat-lewatnya pada Isnin depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2018 3:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: