Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tahap keselamatan 81 kem PLKN dipertingkat

12 FEB : Tahap keselamatan  81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara akan dipertingkatkan sepanjang tempoh penangguhan sementara latihan pada tahun ini.

Usaha ini bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka mengikuti program latihan kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

ehsanplkn“Dalam tempoh penangguhan sementara program ini, ia memberi peluang kepada kita untuk menambah baik perkhidmatan yang ada dan ini penting kerana rata-rata ibu bapa melihat keselamatan sebagai aspek penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Program PLKN Kumpulan 1 Siri 12 Tahun 2015 di Kem PLKN Jaya Gemilang A’Famosa di Alor Gajah, Khamis.

Sebanyak 30,342 pelatih PLKN bagi Kumpulan 1 Siri 12 Tahun 2015 dari 81 kem PLKN seluruh negara berjaya menamatkan latihan terakhir pprogram itu untuk tahun ini.

Peserta PLKN sebelum ini menjalani latihan bermula 6 Dis ini hingga 14 Feb 2015.

Pada 20 Jan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara mengumumkan penangguhan program tersebut bagi membolehkan kerajaan menjimatkan RM400 juta untuk kepentingan pembangunan.

PLKN  mula dilaksanakan pada 2004 adalah kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat-pusat  latihan seluruh Malaysia bagi mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah atau berumur 17 tahun ke atas.

Program yang ditangguh itu akan disambung tahun depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 7:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: