Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tahniah Kabinet Dr Mahathir, UMNO perhati janji manifesto

23 MEI: Sambil mengucapkan tahniah kepada Kabinet Tun Dr Mahatir Mohamad, Majlis Tertinggi UMNO  akan melihat serta memerhatikan setiap langkah kerajaan baharu itu dan seterusnya akan menjadi pembangkang yang konstruktif.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti itu akan memerhati setiap janji dalam manifesto kerajaan baharu dilunaskan.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Selasa

“Mereka telah mengangkat sumpah dan mula menjalankan tugas. Kami mengucapkan selamat menjalankan tugas demi negara dan rakyat keseluruhannya. Kami di dalam UMNO tentunya akan memerhatikan setiap langkah dan tindakan–tindakan kerajaan baharu ini dan tentunya kami sebagai pembangkang akan membangkang secara konstruktif.

“Pada masa yang sama kami akan melihat pelaksanaan dan pelunasan semua janji-janji yang termaktub di dalam manifesto yang telah dikemukakan oleh mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tentulah rakyat mengharapkan segala janji-janji mereka di dalam manifesto terutama janji 100 hari pertama dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Selasa.

Ahmad Zahid seterusnya menegaskan pihaknya juga telah membincangkan peranan yang akan dimaikan oleh 54 ahli parlimen daripada UMNO serta 24 ahli parlimen yang lain di dalam BN.

Selain itu katanya UMNO dan BN akan distruktur semula melalui jawatankuasa yang diketuai Ketua Pemuda Khairy Jamaludin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2018 12:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: