Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tahniah Pandelela-Jun Hong

12 APRIL: Tahniah kepada pasangan penerjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Demikian ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitternya hari ini.

“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R ! Emas ketiga negara di #GC2018 ! #TeamMAS#NegarakuKebanggaanku,” katanya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu mengumpul 328.08 mata manakala satu lagi pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.

Pingat perak dimenangi gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 12:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: