Kategori Berita Utama

Taib letak jawatan Adun, PRK Balingian tidak lama lagi

26 FEB : Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Jumaat ini.

Abdul Taib berkata, pengumuman calon yang akan menggantikan tempatnya di DUN Balingian dijangka diumumkan oleh bakal Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem kelak.

“Saya sudah menyerahkan notis pengosongan kerusi Balingian kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat diMukah, Rabu.

prksarawakKeputusan Taib ini dijangka membuka laluan kepadanya untuk dilantik sebagai Yang di Pertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Abang Mohamad Salahuddin  yang akan tamat tempoh perkhidmatan Jumaat ini.

Balingian adalah daerah kecil antara Mukah dan Bintulu dengan perjalanan darat ke daerah berkenaan dari Mukah mengambil masa sejam. Balingian juga boleh dihubungi melaui laut dari Bintulu.

Bilangan penduduk dalam kawasan ini sekitar 20,000 dan kebanyakannya terdiri daripada Iban dan Melanau.

Mendapat nama Balingian dari sebatang sungai yang merentasi kawasan tersebut, daerah ini juga terkenal dengan udang sungainya dan menjadi tarikan kaki pemancing.

Pada pilihan raya negeri lalu, Taib yang mewakili kerusi Balingian sejak 2001  mengekalkan kemenangan dalam persaingan tiga penjuru menewaskan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dan Suariti Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2014 2:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: