Kategori Berita Utama

Taib Mahmud lepas jawatan Ketua Menteri cadang ganti TYT Sarawak

8  FEB: Spekulasi yang mengatakan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatannya itu terjawab apabila ianya disahkan melalui pengumuman pengundurannya dari jawatan itu dan akan menamakan calon pengganti dalam tempoh terdekat.

taibmahmudMenurut Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, hasil dari mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas yang berlangsung hampir lima jam terlha memutuskan untuk memberi kuasa menamakan pengganti bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada mantannya, Abdul Taib sendiri.

Dalam perkembangan  sama, MKT parti juga dikatakan akan mengemukakan cadangan untuk melantik Abdul Taib selaku Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Muhammad Salahudin yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 28 Februari ini.

Abdul Taib merupakan antara Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat selama 33 tahun dari 1981 sehingga tahun 2014.

Desas desus mengatakan beliau akan melepaskan jawatan ini kecoh sejak minggu lalu yang dilihat selari dengan tamatnya tempoh perkhidmatan TYT Sarawakk.

Pada Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan dengan memetik sumber yang tidak diketahui berkata Abdul Taib yang kini 78 tahun mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hujung mingu lalu.

Selain Abang Johari Tun Openg, nama-nama lain yang disebut sebagai kemungkinan pengganti Abdul Taib ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2014 6:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: