Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tak banyak lilin menyala depan penjara Sg Buloh

12 FEB: Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap masih ramai yang simpati terhadapnya sama seperti pertama kali beliau ke penjara Sungai Buloh dahulu, elok Ketua Umum PKR itu lupakan sahaja.

lilinni kerana tidak sampai 100 penyokong beliau hadir menyertai perhimpunan solidariti di perkarangan Penjara Sungai Buloh, dekat sini malam Khamis.

Selain dua anak Penasihat PKR itu, Nurul Nuha dan Mohd Ihsan, perhimpunan itu turut disertai Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Anggota Parlimen Hulu Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh.

Pemimpin-pemimpin PKR atau sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat dari DAP dan PAS tidak kelihatan.

Beberapa penyokong kelihatan melaungkan kata-kata ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Rakyat’ sambil memegang lilin.

Bagaimanapin, kira-kira 30 anggota keselamatan ditugaskan untuk mengawal keadaan.

PKR dilaporkan akan mengadakan pehimpunan solidariti itu pada setiap malam mulai malam ini.

Parti itu sudah mengeluarkan jadual mengarahkan setiap cabang terutama di Selangor berhimpuan setiap malam di perkarangan penjara itu.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu  mendapati Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 8:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: