Kategori Berita Utama

Tak berniat campur tangan, hanya pentingkan keselamatan

14 SEPT : Aspek keselamatan perlu dipatuhi oleh semua Maahad Tahfiz tidak kira premis tersebut sementara atau kekal.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pihaknya tidak berhasrat untuk campur tangan atau mengambil alih pentadbiran sekolah Maahad Tahfiz, tetapi kerajaan lebih mementingkan keselamatan sebagai keutamaan.

“Apa yang dilakukan kerajaan kita akan terus lakukan siasatan dengan PDRM dan Jabatan bomba serta bahagian forensik kerana kita dapati hahawa tidak terdapat ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dipenuhi.

“Kami faham bahawa premis ini adalah sementara sahaja dan mereka sedang melakukan renovasi yang kekal, tetapi saya ingin ulangi kita mempunyai dasar pendidikan Maahad Tahfiz dan ini harus diikuti walau ia berbentuk sementara.

“Ciri-ciri keselamatan yang ditentukan oleh pihak PBT dan polis serta bomba wajib dipatuhi,” katanya pada sidang media di Darul Quran Iftifaqiyah di Keramat, Khamis.

Beliau dalam masa yang sama turut menyampaikan ucapan takziah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada ahli keluarga mangsa.

Seramai 23 mangsa ditemui rentung di tingkat tiga pusat tahfiz berkenaan yang didiami 36 penuntut dan enam orang guru.

Selain itu 14 orang pelajar yang terselamat kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dimana dua daripadanya berada di zon merah dan tiga lagi di zon kuning.

Zahid hadir tepat jam 3.30 petang dan diberikan taklimat daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Wan Mohd Noor Ibrahim.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 September 2017 4:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]