Kategori Berita Utama

Tak gentar dengan Dr.Mahathir, yakin rakyat pilih kerajaan

9 FEB: Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin rakyat akan terus memilih kerajaan hari ini untuk mentadbir selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Kata Presiden MCA itu pihaknya sudah bekerja keras dan berkhidmat untuk rakyat sejak mandat diberikan sekaligus tidak pernah gentar jika bekas perdana menteri itu ingin bertanding di Bentong.

Jelas Tiong Lai lagi beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan tersebut kepada rakyat untuk menentukan pada Pilihan Raya Umum nanti.

“Dia akan pergi ke mana sahaja, itu perangkap politik yang cuba dia mainkan.

“Saya sudah berkhidmat di Bentong dan saya yakin mereka akan tetap memilih kerajaan hari ini juga pada PRU nanti, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Belt & Road 2.0 MCA di Jalan Ampang, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman bahawa semua pihak tidak boleh menafikan warga luar bandar di Pahang lebih tertarik kepada bekas perdana menteri itu yang kini pengerusi PPBM dan PH.

Dalam pada itu beliau turut membidas tuduhan Tun Mahathir mengenai tembok dan larangan orang Malaysia daripada memasuki Taman Industri Kuantan Malaysia China (MCKIP).

“Dia cuba mainkan sentimen perkauman. Bila dekat PRU ni ada yang cuba mengelirukan usaha kita untuk tingkatkan ekonomi negara kita. Ia adalah industrial park yang mengalakkan ekonomi negara.

“Tun Mahathir tunjuk video pergi ke Kuantan cakap kita nak jual tanah orang Malaysia, cakap orang Melayu tak boleh masuk semua.

“Cukupah tak payahlah main politik nak rosakkan pertalian yang baik dan pelaburan di negara. Kita perlu sama membangunkan negara dan bertangunggjawab. Tindakan seorang pemimpin veteran dulu, ini semua dakyah politik bagi mempengaruhi mereka di peringkat akar umbi lagi,” katanya lagi.

Tembok tersebut telah dibina sekeliling kompleks Alliance Steel kerana syarikat tersebut telah membeli sebidang tanah di dalam taman industri untuk pembinaan kilang besi.

Syarikat tersebut telah membeli lebih daripada separuh keluasan tanah (710 ekar daripada 1,219 ekar) untuk fasa pertama MCKIP bagi membina kompleks kilang besi berteknologi tinggi.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.  Taman perindustrian ini adalah sama seperti di Taman Perindustrian Qinzhou China Malaysia (CMQIP) di Qinzhou dalam daerah Guangzi, China.

CMQIP dimiliki oeh China dengan 51% pegangan saham dan 49% lagi oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda daripada MCKIP. Keluasan CMQIP ialah 55 kilometer persegi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 February 2018 3:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: