Kategori Berita Utama

Tak logik samakan martabat Anwar dengan Mandela, Suu Kyi

10 DIS: Bagai langit dengan bumi – itulah yang boleh diibaratkan bila pembangkang cuba untuk menyamakan taraf ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penentang dasar aparteid Afrika Selatan Nelson Mandela dan pejuang demokrasi di Myanmar Aung San Suu Kyi.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata cubaan itu amat tidak kena pada tempatnya kerana perbezaannya begitu ketara sekali memandangkan Mandela dan Suu Kyi dipenjarakan kerana perjuangan mereka dan bukannya kerana disabitkan kesalahan jenayah berbanding Anwar yang dipenjara kerana menyalahguna kuasa.

MANDELA dipenjara kerana berjuang menentang diskriminasi terhadap masyarakat kulit hitam.

MANDELA dipenjara kerana berjuang menentang diskriminasi terhadap masyarakat kulit hitam.

“Anwar berada dalam penjara selama enam tahun disebabkan salahguna kuasa dan ‘kesnya’ itu, Mandela tidak begitu.

“Anwar bukan menentang apa-apa tetapi menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu meminta Ketua Special Branch (Cawangan Khas) ketika untuk menukar pengakuan daripada yang telah ditulis ‘diliwat’ kepada ‘tidak diliwat’.

“Anwar meminta menarik balik surat-surat yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar (bekas pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Ummi Hafilda berhubung dakwaan liwat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian ketika ditemui bnbbc.my di lobi Parlimen, Selasa.

Justeru itu, Ahmad Maslan berkata adalah tidak munasabah untuk menyamakan martabat seseorang itu dengan mana-mana tokoh pejuang seperti Mandela atau Suu Kyi hanya berasaskan persamaan pernah dipenjarakan.

SUU KYI dipenjara dan kini dikenakan tahanan di rumah kerana memperjuangkan demokrasi di Myanmar.

SUU KYI dipenjara dan kini dikenakan tahanan di rumah kerana memperjuangkan demokrasi di Myanmar.

“Usaha pembangkang amat memalukan. Ini mungkin terdesak untuk meraih populariti,” ujarnya.

Mengulas mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak akan menghadiri upacara pengebumian Mandela, Ahmad Maslan berkata situasi negara yang sedang dilanda bencana banjir tidak membenarkan Najib menghadiri upacara tersebut.

“Kita sudah menghantar wakil. Saya kira wakil yang kita hantar iaitu dua menteri sudah memadai. Paling utama ialah Najib punyai kerja-kerja penting dalam negara yang sedang dilanda musibah banjir,” jelas beliau.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili sebelum ini telah diumum akan mewakili kerajaan Malaysia ke upacara pengebumian bekas Presiden Afrika Selatan itu yang akan diadakan pada 15 Disember ini di Qunu, Cape Town, Afrika Selatan.

Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg Khamis lepas pada usia 95 tahun.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2013 8:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: