Kategori Berita Utama

Tak pecat Mahfuz, PAS takut hilang kerusi, penyokong

27 OKT: Disebabkan bimbang hilang kerusi sebelum pilihanraya, kepimpinan PAS didakwa tidak mengambil tindakan disiplin atau memecat tiga wakil rakyat mereka di Kedah yang dilihat mesra kepada Pakatan Harapan.

Tiga wakil rakyat terbabit, iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dilaporkan hadir pada Konvensyen Nasional PAN, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, perang mulut antara pemimpin PAS dan Mahfuz sudah berlaku sejak awal tahun susulan bekas Naib Presiden parti Islam itu yang sering membuat kritikan secara terbuka.

Mahfuz dilaporkan tidak akan dicalonkan semula oleh parti Islam itu dalam pilihanraya umum ke -14.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa ketiga-tiga mereka bakal meninggalkan parti, namun  Mahfuz dilaporkan berkata beliau masih setia bersama PAS.

Pengerusi PAN Kedah, Datuk Ismail Salleh berkata berdasarkan kepada perlembagaan mana-mana parti politik mana-mana wakil rakyat atau ahli yang secara terbuka menyokong perjuangan parti lain boleh dikenakan tindakan.

“Saya andaikan PAS hanya berdiam diri kerana mereka bimbang jika tiga wakil rakya itu dipecat, ia hanya akan mengurangkan jumlah kerusi milik Pas,” katanya, Khamis.

” Sebab itu sampai sekarang, tak berani ambil tindakan, walaupun sudah pasti tiga YB itu tidak akan dicalonkan semula pada PRU-14,” katanya.

Ismail juga melihat PAS takut memecat ketiga-tiga wakil rakyat itu disebabkan bimbang penyokong pemimpin itu mengikut jejak langkah meninggalkan parti.

“Ia tidak mustahil berlaku kerana setiap wakil rakyat itu miliki pengikut tersendiri,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 12:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: