Kategori Berita Utama

Taklimat tertutup untuk keluarga penumpang MH370 di KL esok

1 APR: Selepas 25 hari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa hari ini mengeluarkan transkrip penuh komunikasi juruterbang pesawat berkenaan dan pembantunya dengan pengawal trafik udara di menara kawalan Kuala Lumpur.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada apa yang luar biasa dikesan daripada transkrip komunikasi berkenaan.

Transkrip tidak didedahkan sebelum ini kerana berada dalam siasatan polis-Hishamuddin

Transkrip tidak didedahkan sebelum ini kerana berada dalam siasatan polis-Hishamuddin

“Tiada tanda-tanda apa yang tidak normal dalam transkrip itu. Transkrip itu sebelum ini tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada bahan siasatan polis,” kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.

Dalam satu kenyataan yang diikeluarkan pada Selasa, Hishammuddin juga berkata, dokumen itu juga sudah didedahkan kepada anggota keluarga.

Sebelum ini, MAS telah menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan suara terakhir yang menamatkan komunikasi dengan menara kawalan adalah pembantu juruterbang.

Polis sedang berusaha untuk mengesahkan kenyataan itu, dan pemeriksaan forensik keatas rakaman sebenar masih berterusan.

“Setakat ini, pasukan penyiasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih kekal dengan pendapat bahawa sehingga saat ia keluar dari liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu adalah konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas pesawat berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang turut dimuat naik di laman Twitter @H2OComms.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Hishammuddin berkata, esok satu taklimat tertutup untuk keluarga penumpang MH370 akan diadakan di Kuala Lumpur.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS akan menerajui taklimat berkenaan, yang akan dipengerusikan oleh Utusan Khas Perdana Menteri ke China.

“Pakar-pakar teknikal dari Malaysia, China dan Australia akan mengambil bahagian dalam taklimat berkenaan yang akan turut diihadiri Duta Besar China ke Malaysia,” kata Hishamuddin tanpa menyatakan tempat serta masa ia akan berlangsung.-bnbbc.my

Pg 1-2 Transkrip Komunikasi MH370

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2014 7:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: