Kategori Berita Utama

Tambat hati masyarakat supaya UMNO kekal relevan

9 MEI: Ahli UMNO yang berjumlah lebih 3.5 juta perlu berusaha keras serta bersatu padu bagi memastikan parti itu terus kekal relevan pada masa hadapan.

Hasrat itu diluahkan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Halimaton Saadiah Bohan yang berpandangan pelbagai mekanisma perlu dirancang bagi memastikan parti keramat itu berterusan membela nasib rakyat khususnya orang Melayu.

“Sebagai parti tunjang orang Melayu, UMNO tidak boleh terus selesa dan menganggap orang Melayu akan menyokongnya setiap masa.

“Sudah tiba masanya UMNO  membuat pelbagai usaha untuk menarik semula minat orang Melayu sekaligus mengekalkan sebagai parti yang relevan untuk rakyat bergantung harap kepadanya bagi membela nasib mereka,” katanya pada BNBBC.my portal, Selasa.

Beliau mengulas sempena sambutan ulangtahun UMNO ke-71 pada Khamis ini.

Halimaton yang juga ADUN Kota Damansara menegaskan, parti itu perlu keluar dari ‘comfort zone’ terutamanya di Selangor dalam usaha menambat hati rakyat jelata.

“Jangan lagi leka dan rasa selesa. Setiap akar umbi perlu kerja keras turun padang hingga ke akar umbi untuk merasai kesusahan denyut nadi rakyat.

“Kita kena lipat gandakan usaha terutamanya di Selangor ini, kita mahu UMNO mendapat tempat di hati rakyat dalam usaha kita menawan semula negeri ini pada PRU ke-14 nanti,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Halimaton (foto) mengingatkan pimpinan dan akar umbi parti supaya tampil menjadi seorang individu  yang dapat memberi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat.

“Peribadi kena bersih, akhlak kena jaga, pamerkan tauladan yang baik kepada masyarakat.

“Kita tambat hati rakyat dengan keperibadian baik diri kita disamping konsisten membela nasib rakyat, pasti nama baik kita dan parti sentiasa meniti dibibir mereka,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 1:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: