Kategori Berita Utama

Tan Sri Annuar kena denggi…tapi tak serius

Sejak sidang Parlimen kali ini bermula Isnin 23 September,kelibat Ahli Parlimen Ketereh,Kelantan,Tan Sri Annuar Musa tidak kelihatan.

Rupanya beliau terpaksa masuk Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis lalu kerana deman denggi.

annuar150Namun keadaan beliau tidak begitu serius sekalipun dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) hospital itu.

Isteri beliau Puan Sri Rosniah Ab Rahman dilaporkan berkata Tan Sri Annuar dirawat di situ untuk pemantauan dan bukannya disebabkan beliau berada dalam keadaan kritikal.

Katanya keadaan suami beliau masih lemah tetapi berada dalam keadaan stabil.

“Kiraan platelet beliau telah menurun sejak dimasukkan ke hospital pada hari Khamis lalu. Doktor yang merawatnya berkata beliau selamat selagi tidak berlaku pendarahan.

“Keadaan badannya dijangka pulih dalam masa beberapa hari akan datang,” katanya.-30/9/2013

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 September 2013 1:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: