Kategori Kolum Ahli Parlimen

BNBBC: Ini cerita kami sepanjang zaman

Dunia memang sudah jauh berubah sejak 1978.Tahun itu sentiasa menjadi salah satu nostalgia dalam hidup saya.

P160Ia menjadi kenangan kerana tahun  itu saya melangkah masuk ke Parlimen sebagai ahli rasmi yang mewakili rakyat di kawasan Johor Bharu.

Saya sendiri tidak menduga takdir menentukan begini…sehingga hari ini selepas 35 tahun berlalu saya masih keluar masuk ke bangunan Parlimen sebagai wakil rakyat mereka.

Banyak yang dilalui sejak zaman Allahyarham Tun Hussein Onn ketika saya mula jadi Ahli Parlimen,kemudiannya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini belum lagi pengalaman awal jadi Setiausaha Politik kepada Tun Dr Ismail dan kemudiannya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Shahrir2dxx

Peluang menimba pengalaman dari jawatan Setiausaha Parlimen,Timbalan Menteri,Menteri kemudian kembali jadi Ahli Parlimen biasa juga menambah asam garam dalam arina  politik.

Kalau tanya orang dulu-dulu,siapa yang duga ekoran ledakan teknoloji maklumat akhir-akhir ini landskap politik negara juga sudah berbeza.

Salah satu faktor penentu kini hanya menerusi ‘klik di hujung jari’ .

Penyebaran maklumat segera menerusi internet serentak dengan kewujudan pelbagai aplikasi di smartphone menjadikan ceramah diatas pentas politik seolah satu kaedah yang ketinggalan zaman.

shahrir-bnxx

Portal berita,laman blog, Facebook, Twitter, Youtube, Instagram dan segala macam lain semakin memain peranan mempengaruhi minda mereka yang hendak buang undi diwaktu pilihanraya.

Lojiknya siapa saja akan ‘ ketinggalan bas’ jika tidak memanfaatkan saluran komunikasi menerusi alam maya yang tidak ada sempadan ini.

Atas semangat itu juga… ini kali pertama kita bersua menerusi sebuah laman web atas nama www.bnbbc.my.

Ia akan menjadi suara kami yakni Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional atau singkatannya BNBBC.

shahrir5

Mungkin ada yang bertanya apa itu BNBBC.Dalam bahasa mudahnya ia adalah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan seperti Menteri dan Timbalan Menteri.

Kami terdiri dari Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menjadi Backbencher dalam sidang Dewan Rakyat.

Antara tugas utama kami semasa sidang Dewan Rakyat ialah mengemukakan soalan dan berbahas.

Idea mewujudkan laman berbentuk sebuah portal berita ini adalah hasil perbincangan dan kata sepakat antara kami ahli-ahli BNBBC

Ia bagi mengadakan satu lagi saluran komunikasi antara kami sebagai wakil rakyat dengan rakyat.

shahrir-bnbbc400

Langkah ini juga selari dengan pendekatan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi keutamaan untuk berinteraksi dengan rakyat menerusi media sosial dan internet.

Harapan kami laman web www.bnbbc.my ini kelak dapat menjadi one stop centre bagi orangramai mengikuti bidang tugas,perkembangan semasa serta berinteraksi dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Menerusi laman ini disediakan ruangan siaran langsung sidang Dewan Rakyat.Maka anda dapat mengikuti sidang itu yang dipancarkan dari waktu sidang bermula pada jam 10 pagi sehingga tamat setiap hari.

Kalau ada rasa tidak puashati atau nak komplen mengenai masalah di kawasan masing-masing kita ada ruangan Suara Rakyat.

shahrir-khalidz

Email terus kepada kami pada alamat email yang akan disediakan.Kami akan berusaha membantu menyelesaikannya.

Bukan setakat komplen malah apa jua pandangan baik mengenai isu semasa,ekonomi,politik dan sebagainya boleh disaluran ke situ untuk kita kongsi dengan semua pembaca laman web ini.

Anggaplah www.bnbbc.my ini satu wadah ‘ ini cerita kami ‘ dan juga cerita kita bersama.

Salam Sejahtera dari saya dan rakan-rakan

Tan Sri Shahrir Samad
Pengerusi BNBBC
Ahli Parlimen Johor Bharu

– 26/9/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 September 2013 3:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: