Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tanah Ijok: Azmin berdolak dalih salahkan media pula

25 MAC: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus berdolak-dalih berhubung isu penjualan tanah di mukim Ijok apabila menyalahkan pihak media kerana tidak melaporkan perkara sebenar.

Selain itu, Mohamed Azmin turut menggelar Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai ‘putar alam’ kerana mengeluarkan kenyataan yang dakwanya sebagai tidak berasas.

Dakwa beliau, isu berkenaan sengaja dihangatkan semula berikutan pilihan raya akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Dakwaan (Abdul) Rahman Dahlan tidak berasas, Rahman Dahlan ini putar alam, ini masalahnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran dan Promosi IKTISASS 2018 hari ini.

Abdul Rahman sebelum ini menuntut Mohamed Azmin memberi penjelasan mengenai tindakan tergesa-gesa membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses peringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan.

Beliau berkata, tindakan Mohamed Azmin memberi kebenaran kepada Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd itu menimbulkan persoalan kerana keputusan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini memihak kepada Kerajaan negeri Selangor.

Ujar beliau, Mohamed Azmin wajar memberi justifikasi untuk tindakan tersebut kerana mahkamah sebelum ini memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri untuk mengambil alih semula tanah tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2018 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: