Kategori Berita Antarabangsa

Tanah runtuh, 20 penduduk terperangkap

20 OGOS : Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan di daerah Chandel, Manipur, India.

Sehingga kini, sejumlah 20 penduduk dipercayai terkorban setelah tebing bukit runtuh dan menimbus penduduk guhawatikampung terbabit.

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan laluan ke lokasi kejadian terputus dan melambatkan ketibaan pasukan penyelamat.

Kerajaan India sudah mengarahkan pasukan penyelamat dan bantuan dihantar ke wilayah terbabit susulan musim hujan yang sehingga kini telah menyebabkan pelbagai kerosakan.

Gujarat, di sebelah barat negara itu melaporkan sehingga 53 kematian akibat banjir.

Lebih 10,000 penduduk di wilayah itu pula terpaksa berpindah sejak seminggu lalu namun paras banjir yang dilaporkan menurun membolehkan bekalan elektrik dan komunikasi dipulihkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 5:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: