Kategori Berita Utama

Tandatangan petisyen bebas Anwar, Tun M ‘cuci dosa’ sendiri

21 MEI: Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menandatangani petisyen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha beliau untuk ‘mencuci dosa’ sendiri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia hanyalah tindakan sewaktu beliau menjadi Pengerusi PPBM sahaja, kerana sebelum ini mantan Perdana Menteri itu berusaha untuk memenjarakan Anwar.

“Jadi, tindakan Tun Mahathir itu adalah satu langkah politik untuk cuci dosa-dosa beliau kepada Anwar,” katanya pada sidang media selepas merasmi penutup Kembara Media Bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di The Royale Hotel, Ahad.

Hari ini Tun Mahathir bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali menandatangani petisyen untuk membebaskan Anwar pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 di Shah Alam.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau mahu Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu zaman pemerintahannya dibebaskan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri KDN berkata, hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar pada tiga tahun lalu bukan dibuat oleh kerajaan, sebaliknya melalui perundangan sedia ada.

Katanya, segala usaha untuk membebaskan Anwar perlu melalui Lembaga Pemgampunan sebagaimana dilakukan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Peguam Negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 May 2017 8:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: