Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tangani berita palsu kunci BN menang besar

10 DIS: Reaksi rakyat yang sudah semakin bosan dengan taktik pembangkang adalah penyuntik keyakinan BN untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Sehubungan itu, Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas berkata rakyat sudah sedar bahawa memberi undi kepada parti pemerintah akan  mengembalikan semula kestabilan negara.

“BN berjalan dengan baik di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Di bawah pentadbirannya juga banyak kemudahan baharu dirancang untuk rakyat terutama berkaitan dengan keamanan dan kemakmuran negara ini,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Taiping itu mengulas ucapan penggulungan Najib yang juga Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung UMNO semalam yang menyatakan kemenangan akan berpihak kepada BN kerana semua momentum sedang berdiri teguh

Pada masa sama, Kayveas (foto) menjelaskan bahawa dalam mencapai matlamat mencipta kemenangan besar,  BN perlu menangani persepsi buruk daripada berita palsu yang direka pembangkang

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2017 7:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: