Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tarif elektrik naik mulai 1 Jan

2 DIS:  Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen berbanding harga semasa 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.

Kedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014, umum Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili, petang Isnin.

tnb

TARIF elektrik nain berkuatkuasa 1 Jan depan

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Dalam sidang medianya di Parlimen hari ini, Maximus berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi kepada pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi penggunaan bawah 300 kWJ sebulan.

Katanya, demi melindungi kebajikan pengguna domestik, terutamannya golongan berpendapatan rendah, kerajaan memutuskan tidak menaik tarif elektrik kepada 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna di semenanjung.

“Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20.00 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

“Pada keseluruhannya, ekoran daripada pelaksanaan tarif baru ini, kerajaan masih perlu menanggung jumlah subsidi melalui pelepasan hasil peroleh gas asli sebanyak RM14 bilion setahun bagi semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, yang mana RM2.4 bilion setahun adalah khusus untuk pengguna domestik di bawah 300kWj sebulan.

“Bagi Sabah dan Labuan angka ini mencatat jumlah sebanyak RM570 juta setahun di mana RM155 juta setahun adalah bagi kategori pengguna yang sama,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2013 6:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: