Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tarif elektrik tak naikkan harga barang

5 DIS: Rakyat tidak akan berdepan masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pada Isnin.

Ini kerana peratusan maksimum kos pengunaan elektrik dalam penghasilan produk hanyalah 30 peratus dan dengan itu kenaikan tariff elektrik tidak akan meningkatkan kos pembuatan produk secara signifikan, itu jaminan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

NAWAWI...Kesan ke atas kos pengeluaran amat kecil dan mampu diserap pengeluar.

NAWAWI…Kesan ke atas kos pengeluaran amat kecil dan mampu diserap pengeluar.

“Ada ramai yang berkata ada kenaikan tarif kepada industri akan menyebabkan rentetan kenaikan barang-barang yang lain, saya ingin menyangkalkan perkara ini kerana komponen untuk sesuatu produk komponen penggunaan elektrik hanyalah dalam 20 hingga 30 peratus, tetapi apabila kita buat kajian bersama TNB dan kementerian untuk peruncit IKS 9.8 peratus sahaja komponen bekalan elektrik sahaja untuk melaksanakan perniagaan mereka.

“Makna kata sekiranya berlaku kenaikan 16.8 peratus kali dengan 10 peratus ianya hanyalah 1.6 peratus daripada jumlah kos sesuatu barang, kalau barang itu harganya RM100 ianya hanya akan naik RM1.60, jadi ianya tidak memberi sebarang kesan yang besar kerana mungkin barang itu dijual dengan 20 peratus keuntungan ataupun 25 peratus, maka RM1.60 ini dapat diserap dalam kos asal,” jelas Nawawi.

Bagi Semenanjung, peningkatan tarif elektrik yang diumumkan ialah sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89 peratus), menjadikan tariff baru adalah 38.53 sen/kWj berbanding kadar purata semasa sekarang 33.54 sen/kWj.

Di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (atau 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.

Nawawi turut menjelaskan bukan semua pengguna akan terlibat dengan kenaikan tarif memandangkan kerajaan juga menyediakan peruntukkan subsidi kepada sebahagian besar rakyat yang layak.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan sangat prihatin kepada rakyat kita kerana 960,000 pengguna rumah yang akan dapat elektrik percuma kalau kita kali dengan empat orang maka ada 3.4 juta manusia mendapat kesan daripada bekalan elektrik percuma yang diberikan oleh kerajaan.

“70 peratus daripada pelanggan seluruh negara iaitu sebanayk 4.56 juta rumah atau kita kali dengan empat orang satu rumah lebih 20 juta manusia yang akan tidak terkena langsung dengan kenaikan tarif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan menjelang tahun 2014,” kata Nawawi.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2013 7:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: