Kategori Berita Utama

Tarif elektrik turun mulai 1 Mac

11 FEB : Berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015, tarif elektrik diturunkan 2.25 sen/kWj dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia.

stesen tnb lagiPengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula menikmati penurunan 1.20 sen/kWj atau penurunan 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa berkuat kuasa bagi tempoh sama.

“Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri,” kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Putrajaya, Rabu.

Menurutnya, kabinet memutuskan demikian selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 4:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: