Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tarif elektrik turun, harga barang pun patut turun

11 FEB : Penurunan kadar tarif elektrik yang berkuatkuasa 1 Mac ini adalah usaha kerajaan bagi membantu untuk mengurangkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, berkata usaha tersebut diharap dapat memberi kelegaan kepada masyarakat seluruhnya dalam meringankan bebanan hidup masing-masing.

ehsannuddin“Bila tarif elektrik turun, bermakna ia dapat membantu untuk turunkan harga barangan yang sepatutnya turun kesan daripada harga minyak yang dah turun.

“Jadi dengan beberapa penurunan yang telah dibuat itu seperti minyak dan tarif elektrik, kita harap ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada masyarakat dalam meringankan beban mereka, “katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuatkuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengumuman tersebut dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

Tambah Ehsanuddin, beliau turut menggesa para peniaga untuk menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga minyak dan tarif elektrik.

Katanya jika tidak, pengguna boleh membuat pilihan lebih bijak untuk mendapatkan barangan pada kadar harga yang lebih rendah.

“Dalam hal sebegini, rakyat perlu memainkan peranan yang penting, jika mereka tidak lagi menurunkan harga barang, pengguna perlu jadi lebih bijak untuk membeli sesuatu barangan pada harga yang lebih murah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 10:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: