Kategori Berita Utama

Tarik pelaburan tidak selesai isu Rohingya

23 OKT: Kerajaan tidak akan mengambil keputusan terburu-buru menghentikan operasi dan pelaburan negara di Myanmar dalam usaha memberi tekanan berterusan kepada negara terbabit menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan itu tidak memberi kesan positif kepada matlamat menyelesaikan krisis kekejaman etnik berkenaan di Rakhine, Myanmar.

“Secara umumnya pelaburan di Myanmar dibuat syarikat swasta dan kerajaan tidak mempunyai hak menentukan sebarang pelaburan mereka di sana.

“Kita akan buat kajian kalau tindakan bersifat ‘unilateral’, kadang kala tidak beri impak positif kepada apa hasil kita nak capai,“ kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu semasa sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat, Isnin.

Terdahulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail membuat pertanyaan berkenaan kesediaan kerajaan untuk menghentikan semua pelaburan negara termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) di Myanmar berikutan krisis kemanusiaan di negara itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 12:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: