Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tarikh tutup borang B taksiran 2018 30 Jun

14 JUN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tarikh tutup penghantaran borang B bagi tahun taksiran 2017 secara manual (borang kertas) pada 30 Jun ini manakala secara e-filing pada 15 Julai ini.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata tarikh akhir pembayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan Mei 2018 dan ansuran anggaran cukai (CP204) adalah pada 15 Jun 2018.

“Justeru LHDN menggalakkan orang ramai membuat pembayaran cukai lebih awal melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDN bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Berikutan tarikh 15 Jun tersebut jatuh pada hari kelepasan am Hari Raya Aidilfitri.

“LHDN juga ingin membuat pembetulan tarikh akhir bayaran ansuran CP500 untuk bayaran kali ketiga seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media LHDN bertarikh 11 Jun 2018 iaitu pada 30 Julai 2018 dan bukannya 15 Jun 2018,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2018 9:25 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: