Kategori Berita Antarabangsa

Taufan Damrey badai Vietnam, 19 terkorban

4 NOV: Taufan Damrey mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa di bahagian tengah dan Selatan Vietnam pada Sabtu, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan negara itu.

Taufan itu melanda Vietnam hanya beberapa hari menjelang sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi pemimpin Asia Pasifik.

Taufan Damrey yang tiba pada jam 4 pagi waktu tempatan dengan kelajuan angin 90 kilometer per jam menyebabkan lebih 1,000 bumbung bangunan melayang dan melumpuhkan ratusan tiang elektrik serta banyak pokok turut tumbang.

Sekurang-kurangnya 12 lagi dilaporkan hilang dan 370 rumah ranap, kata persatuan mencari dan menyelamat negeri, manakala lebih 33,000 pendududuk telah dipindahkan.

Taufan itu bergerak dari kawasan pesisiran pantai ke kawasan penanaman kopi utama di negara pengeluar kopi robusta terbesar di dunia itu.

Para peniaga menjangkakan bahawa keadaan cuaca buruk itu akan menangguhkan proses penuaian, tetapi tidak pasti sama ada ia akan merosakkan tanaman. – Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 10:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: