Kategori Berita Antarabangsa

Taufan Talim landa Selatan Jepun

14 SEPT: Kepulauan wilayah selatan Jepun dilanda hujan ribu pada hari ini akibat daripada taufan Talim, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Taufan berkenaan menyebabkan 20,000 buah rumah di bandar Miyakojima, Okinawa terputus bekalan elektrik pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Menurut agensi itu, taufan dilaporkan mengganas di utara barat laut Pulau Miyako sebelum bergerak ke arah utara barat daya pada kelajuan 15 kilometer sejam.

Lebih 500 milimeter curahan hujan dicatatkan di bandar Miyakojima, Pulau Miyako dalam tempoh 24 jam lepas, dua kali ganda berbanding jumlah biasa.

Curahan hujan luar biasa itu juga disifatkan paling banyak dalam tempoh setengah abad.

Menurut JMA, taufan Talim dijangka singgah di tanah besar di barat dan timur Jepun pada hujung minggu ini.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 September 2017 1:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]