Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tawar diri Ketua Pemuda tapi bergantung keputusan PRU14

17 JULAI: Luahan hasrat Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO adalah bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau ketika dihubungi BNBBC.my portal berkata jika parlimen dan DUN di kawasannya dapat memberi kemenangan, barulah beliau akan melangkah ke tahap yang seterusnya untuk mengemudi ‘kapal’ yang lebih besar.

“Keputusan itu bergantung kepada apa yang berlaku dalam PRU nanti. Kalau Parlimen Sungai Besar, DUN Sekinchan, dan Sungai Panjang dapat menyumbang kemenangan kepada UMNO, saya akan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

“Kalau tidak, saya tidak akan tawarkan diri untuk jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang menyatakan beliau akan bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.

“Kalau YB (Yang Berhormat) Budiman (Mohd Zohdi) bertanding di parlimen Sungai Besar, Datuk Imran (Tamrin) di DUN Sungai Panjang dan Cikgu Samad (Wahab) DUN Sekinchan, jadi di mana ketua UMNO bahagian Sungai Besar nak bertanding?

“Kalau dah tak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian nak bertanding ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya dipetik sebelum ini.

Bercakap mengenai kriteria yang ada pada diri Jamal, beliau berkata pengalaman yang ada cukup untuk mendidik anak muda kini lebih berjaya seperti yang dialami Jamal sebelum ini.

“Saya dalam bidang perniagaan terlalu banyak jatuh bangun dalam apa yang saya lakukan. Ini semua mengajar untuk menjadi lebih kuat dan bermotivasi buat anak muda supaya lebih berjaya ke hadapan.

“Kalau nak buat apa-apa pun kita perlukan kos.kalau tak ada kos apa yang kita nak buat pun tak boleh berjalan dan saya juga mampu mengemudi pemuda UMNO untuk terus bertahan dari serangan yang dihadapi UMNO, saya cukup yakin dalam hal itu.

Bagaimanapun hasrat beliau itu akan diberi perincian secara lanjut pada 23 Julai ini di Ibu Negara.

Share This:




Berita Bertarikh pada 17 July 2017 6:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]