Kategori Berita Utama

Tekad BN rampas P.Pinang dalam tempoh 180 hari

12 NOV: Pilihan Raya Ke-14 merupakan masa yang terbaik untuk Gerakan merampas semula Pulau Pinang daripada tangan pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keyakinan itu bukanlah suatu perkara yang mustahil selepas kerajaan negeri di ketuai DAP mengabaikan kebajikan masyarak serta melakukan pembangunan tidak terkawal sehingga memusnahkan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kekalahan Gerakan dalam PRU-12 pada 2008, hanyalah bersifat sementara.

“Kita akan merampas semula negeri itu dalam pilihan raya akan datang yang bakal diadakan kurang dari 180 hari,” katanya semasa Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik Menara Parti  Gerakan, di Cheras hari ini.

Turut hadir, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong serta pemimpin kanan parti itu.

Tambah Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri,  usaha BN menawan semula Pulau Pinang adalah satu tekad bagi membantu rakyat.

“Rampasan kuasa di Pulau Pinang itu sebagai tanda tanggungjawab kerajaan untuk membela kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 12:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: