Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Teknologi lebih canggih di lapangan terbang kecil

11 FEB : Lapangan terbang kecil di Sarawak dan Sabah mungkin dilengkapkan dengan pengimbas berteknologi tinggi untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan dadah.

Ia susulan helah penyeludup dadah dikesan menukar taktik dengan menyeludup dadah melalui lapangan terbang kecil berikutan tiada kemudahan mesin pengimbas.

ahmad maslan style“Ia akan menjadi keutamaan dan saya akan mencadangkan kepada pegawai tertinggi Kementerian Kewangan untuk mengkaji perkara itu,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan selepas melawat tapak cadangan untuk peniaga-peniaga Bumiputera di Miri, Sarawak, Rabu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad sebelum ini memberitahu bahawa lapangan terbang kecil di Sarawak dan Sabah kini digunakan penyeludup dadah berikutan tiada kemudahan mesin pengimbas dan kekurangan tenaga kerja.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim pula dilaporkan berkata, lapangan terbang Mulu di Sarawak disyaki menjadi antara pintu masuk kerana tidak mempunyai mesin pengimbas.

Jabatan katanya, merampas beg mengandungi 5.3kg dadah bernilai RM1 juta 29 Januari lalu sewaktu transit di Miri dari Lagos, Nigeria untuk ke Mulu.

Dalam pada itu Ahmad memberitahu bahawa Kementerian Kewangan memperuntukkan RM20 juta bagi pembinaan sebuah premis perniagaan tiga tingkat untuk peniaga Bumiputera di Miri.

“Peruntukan kewangan itu akan disalurkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak dan ia akan menjadi mercu tanda baru bagi Bandar Miri,” katanya menambah bahawa kerja-kerja pembinaan dijangka bermula 13 Mac ini dan dijadual siap menjelang 12 Mac 2017.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 3:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: