Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Teliti status Shalwati selepas dihukum penjara

29 MAC: Kementerian Pendidikan masih meneliti status jawatan Shalwati Nor Shal, guru yang bercuti tanpa gaji mengikut suaminya bertugas di Sweden selepas dikenakan hukuman penjara di negara berkenaan kerana mendera.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya memahami bebanan yang dihadapi Shalwati, 46, selaku penjawat awam dan kerajaan akan membantunya kerana kes ini melibatkan perundangan berkaitan perkhidmatan awam.

Katanya perlu melihat bentuk perundangan dan pandangan daripada pakar undang-undang sebelum menentukan bantuan yang akan diberikan.

Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin

Shalwati di penjara 14 bulan, suaminya 10 bulan

Malah katanya kementerian tersebut juga akan cuba untuk mengurangkan beban yang ditanggung kerana Shalwati dihukum di luar negara.

“Ini merupakan perkara baharu yang perlu kita selesaikan kerana dia dihukum di luar negara dan kita lihat apakah pertimbangan-pertimbangan yang mustahak agar tidak membebankannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U kali ke-10 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Sabtu.

Shalwati dan suami Azizul Raheem Awaluddin, 38 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat.

Pasangan Malaysia itu dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden.

Selain hukuman penjara mereka juga perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.

Ibu kepada empat orang anak, dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya.

Malah Shalwati juga bersalah menyakiti dua lagi anak lelakinya.

Sementara itu bapa mereka, Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.

Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

Pasangan itu dituduh memukul anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2014 7:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: