Kategori Berita Utama

Tempoh permohonan E-Kad PATI tidak dilanjut

1 JULAI: Kerajaan tidak melanjutkan tempoh permohonan kad sementara (E-Kad) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tempoh berkenaan tamat tengah malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata ianya tidak wajar disambung kerana Jabatan Imigresen sudah beberapa kali memberi amaran kepada majikan supaya mendaftarkan PATI di bawah seliaan mereka sejak Februari.

“Walaupun hanya 23 peratus PATI yang sudah memohon E-Kad, tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1959/63 terpaksa dilakukan.

“Kita tidak sekat mereka mencari rezeki yang halal di negara ini tetapi majikan dan pekerja harus bertanggungjawab.

“Kita sudah beri tempoh secukupnya.Kalau ada persatuan majikan mohon lanjutan (program E-Kad), kita tidak akan lanjutkan,” katanya, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian di majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Sri Satria, Putrajaya.

Program E-Kad yang diperkenalkan olej Jabatan Imigresen sejak 15 Februari lalu hanya berjaya mendaftarkan 155,680 PATI sedangkan sasaran asal adalah 400,000 hingga 600,000 orang.

Susulan itu, Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran mengesan PATI bermula tengah malam tadi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 July 2017 3:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: