Kategori Berita Utama

Tengku Adnan dedah kisah sebenar kuil Jalan P.Ramlee

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu secara terperinci menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa tidak benar dakwaan ada ‘kuil dirobohkan’ dalam isu Kuil Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di ibu negara.

Menurut beliau, ramai tidak tahu cerita sebenar berkenaan kuil itu yang bukan sahaja dijadikan tempat ibadat tetapi ada binaan  tambahan bagi tujuan perniagaan.

“Tempat itu dapat perintah mahkamah (untuk dirobohkan) lebih setahun . Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendak pecah tempat pemujaan bukan kuil. Di situ bukan sahaja tempat sembahyang tetapi berniaga, ada salah guna tetapi saya tak mahu cerita,”

Tengku Adnan...bukan kuil yang diroboh

Tengku Adnan…bukan kuil yang diroboh

“Macam surau juga. Ada salah guna tetapi kita arah (pejabat agama) ambil tindakan. Saya janji akan bina kuil yang mereka kehendaki tetapi mereka bagi pelan nak bangunan tiga atau empat tingkat,” katanya.

Tengku Adnan berkata, bukan kuil  itu sahaja akan dicantikkan tetapi pihaknya mahu melihat tempat ibadat agama lain juga dalam keadaan selesa apatah lagi kuil itu sudah berusia lebih 100 tahun.

Katanya, sebagai orang yang beragama, beliau menghormati tempat ibadat kaum lain dan tahu membezakan antara kuil, masjid, surau, gereja atau tokong budha.

Beliau menjelaskan demikian sebagai reaksi kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua dan DAP Ipoh Barat, N. Kulasegaran yang membangkitkan isu itu ketika Tengku Adnan mengulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbelanjaan 2014 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan, di Dewan Rakyat.

Tengku Adnan turut menunjukkan gambar premis perniagaan di situ sebelum ia dirobohkan.

Katanya, apa juga keputusan mengenai kuil itu akan diselesaikan dalam situasi menang-menang bagi kepentingan semua pihak.

Beliau kemudiannya enggan mengulas isu itu lebih lanjut kerana tidak mahu ia merebak dan menimbulkan kemarahan

MESRA...Tengku Adnan dan Kulasegaran berbincang di luar dewan.

MESRA…Tengku Adnan dan Kulasegaran berbincang di luar dewan

mana-mana pihak.

Ketika ditemui di luar dewan, Tengku Adnan berkata, beliau juga enggan melayan atau memberi reaksi kepada kenyataan keras Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waythamoorthy yang meminta beliau tidak mencampuri hal ehwal agama Hindu.

“Jika saya memberi reaksi di media, nanti apa yang saya kata boleh disalahtafsir dan mungkin menimbulkan kemarahan, serta akhirnya pergaduhan. Sudahlah saya tak mahu nanti jadi gaduh-gaduh lagi termasuk dengan kawan-kawan saya,” katanya kepada wartawan BNBBC.my

Bagaimanapun pada masa yang sama, beliau juga tidak suka melihat penganut pelbagai agama di negara ini tidak saling menghormati antara satu sama lain.-13/11/2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 November 2013 8:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: