Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tengok nanti siapa bodoh kata Pandikar kepada Shafie

20 NOV: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berbahas secara terbuka tentang pemahanan atau tafsiran sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Cabaran itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Semporna itu bahawa mereka yang mengatakan status Sabah dan Sarawak sama seperti negeri di Semenanjung adalah bodoh.

“Hampir tersembur keluar kopi dari mulut saya apabila terbaca kenyataan Shafie mengenai perkara tersebut.

“Dalam hal ini, saya tidak perlu mengulangi balik pendirian saya berhubung dengan sejarah penubuhan Malaysia dan MA63,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Menurut Pandikar yang juga Speaker Dewan Rakyat, beliau telah pun mencabar pemimpin pembangkang di Sabah untuk berbahas secara terbuka tentang isu ini supaya rakyat negeri itu dapat menilai siapa yang memutarbelitkan fakta sejarah semata-mata untuk membangkitkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan.

“Kali ini saya mencabar Presiden Parti Warisan itu berbahas dengan saya secara terbuka tentang tafsiran sejarah penubuhan Malaysia dan MA63, supaya rakyat Sabah dapat menilai siapa sebenarnya yang bodoh,” ujar Pandikar.

Pandikar sebelum ini membuat kenyataan bahawa Sabah sama taraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia, dengan menyebut Bab 2 Kalusa 10 Laporan IGC yang dilampirkan dalam Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa bekas tanah jajahan British Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sama dengan negeri-negeri Melayu Semenanjung.

Bagaimanapun, Shafie dalam ceramah di Keningau kellmarin mendakwa individu yang mengatakan Sabah adalah sama dengan mana-mana negara lain adalah bodoh.

Malah Shafie berkata, rakyat Sabah tidak boleh mengatakan bahawa Sabah adalah sama seperti negeri-negeri seperti Perlis.

“Sebelum buat kenyataan sedemikian Datuk Shafie perlu memahami sistem Federalisma.

“Adakah kenyataan Shafie ini satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perlis,” tanya Pandikar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 November 2017 6:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: