Kategori Berita Antarabangsa

Tentera AS sokong Daiesh ditahan FBI

11 JULAI: Seorang anggota tentera Amerika Syarikat ditahan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas didakwa memberi sokongan berbentuk material dan latihan kepada kumpulan pengganas Daiesh.

Memetik laman portal berita, Now Hawaii, suspek dikenali Ikaika Erik Kang, 34,  ditahan pada Sabtu malam di apartmennya di Honolulu, Hawaii.

Kang (foto) bertugas sebagai pengendali kawalan trafik udara tentera Divisyen Infantri ke-25 yang berpangkalan di Schofield Barracks di Honolulu.

Suspek  pernah bertugas di Iraq pada 2010 dan Afghanistan pada 2014.

Agen Khas FBI Honolulu, Paul D Delacourt berkata, pihaknya suspek bertindak sendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak lain yang boleh mengancam keselamatan Hawaii.

Kang dijadual hadir buat pertama kali ke mahkamah persekutuan di Honolulu pada Isnin petang mengikut waktu kepulauan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 6:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: