Kategori Berita Antarabangsa

Tentera Filipina jumpa 19 mayat bergelimpangan

28 MEI: Tentera Filipina hari ini menemui 19 mayat orang awam di jalanan ketika meningkatkan serangan ke atas militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh di Marawi.

Angka itu dilaporkan termasuk empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak yang ditemui dekat sebuah jalan berdekatan Universiti Mindanao di Marawi, menurut jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla, lapor AFP.

Angka maut keseluruhan sejak pertempuran berdarah pada Selasa lalu kini meningkat 92 orang.

Seorang jurugambar AFP melihat enam mayat bergelimpangan di atas jalan raya di pinggir bandar Marawi.

Penduduk tempatan mengenal pasti mereka sebagai pekerja kilang beras dan pelajar kolej perubatan.

Herrera berkata, pihak tentera belum menyiasat laporan kematian.

Keganasan mendorong Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan Filipina pada Selasa lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2017 5:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: