Kategori Berita Antarabangsa

Tentera Filipina lancar serangan gempur militan Daesh

11 MAC: Sekurang-kurangnya 44 militan pro-Daesh terbunuh dan 26 lagi cedera, selepas tentera Filipina menyerang kedudukan dikawal pemberontak di selatan wilayah Maguindanao.

Pertempuran membabitkan 50 ahli Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) itu bermula di sebuah kampung pedalaman di Datu Saudi Ampatuan dari pagi kelmarin sehingga semalam, kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Gerry Besana.

Dalam kenyataan berasingan, tentera berkata, seorang anggotanya cedera ringan.

Besana berkata, jumlah ahli BIFF yang maut dan cedera itu berdasarkan maklumat risikan. Namun, tentera tidak mengambil mayat musuh, katanya.

Beliau berkata, tentera melancarkan serangan

artileri dengan sokongan udara, apabila jumlah pejuang BIFF meningkat kepada kira-kira 100 orang ketika pertempuran.

Tentera Filipina menyenaraikan BIFF yang dijangka mempunyai 300 ahli sebagai pertubuhan pengganas bersama Abu Sayyaf dan beberapa kumpulan Maute.

“Tujuh puluh militan BIFF terbunuh dan cedera, kita masih memburu baki 200 ahli lagi,” kata Besana sambil menambah pertempuran itu menyebabkan 500 keluarga terpaksa berpindah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2018 10:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: