Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tentera gagalkan cubaan ejen Indonesia seludup PATI

4 MEI: Hasrat 10 warga Indonesia termasuk sembilan wanita untuk bekerja secara haram di Sarawak, tidak kesampaian apabila mereka ditahan tentera semasa cuba menyusup masuk melalui sempadan Serikin-Jagoi Babang, Kalimantan, Indonesia malam tadi.

Dalam tangkapan pada pukul 10 malam itu, seorang lelaki dari negara sama yang berperanan sebagai ejen membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit turut dicekup.

Pegawai Memerintah Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja, Leftenan Kolonel Mohd Nizam Masri berkata, kesemua 11 warga Indonesia terbabit ditahan oleh anggotanya yang menjalankan  operasi khas, ‘Ops Awas’ semasa cuba melalui Pos Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu sempadan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, warga Indonesia terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua mereka yang berasal dari Jawa Tengah telah menaiki pesawat ke Pontianak dan bercadang menggunakan laluan darat untuk memasuki sempadan ke negeri ini dengan dibantu ejen berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, PATI terbabit mendakwa perlu membayar kepada ejen sebanyak 1 juta rupiah jika berjaya mendapatkan pekerjaan di Sarawak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 May 2017 10:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: