Kategori Berita Antarabangsa

Tentera udara Syria tembak peluru berpandu di Homs

17 APRIL: Pertahanan udara Syria menembak jatuh peluru berpandu di bandar raya Homs, lapor agensi berita tempatan hari ini, dengan serangan dilaporkan mensasarkan pangkalan udara rejim.

Agensi berita tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu dan tidak dapat dipastikan dalang berkenaan, yang dilabelkan stesen televisyen Syria sebagai tindakan permusuhan.

Letupan besar kedengaran berhampiran pangkalan Udara Al Shayrat di Homs, dan di timur Qalamoun berhampiran Damsyik, lokasi dua lagi pangkalan udara, lapor Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, berkata peluru berpandu itu tidak mengena mana-mana pangkalan udara.

Susulan laporan serangan Israel, jurucakap tentera rejim Zionis berkata: “Saya tidak mengetahui sebarang kejadian seumpama itu.”

Pangkalan udara Shayrat menjadi sasaran peluru berpandu Tomahawk AS April lalu dalam serangan yang diarahkan Presiden Donald Trump sebagai membalas dendam serangan kimia di Khan Sheikhun di Idlib.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 11:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: