Kategori Ekonomi

TERAJU bimbing syarikat Bumiputera ke Bursa Malaysia

1 MEI: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mempergiatkan usaha mencari syarikat Bumiputera yang berpotensi bagi membimbing mereka sehingga disenaraikan di Bursa Malaysia.

Memetik BH Online, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Husni Salleh berkata menerusi Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB), tumpuan diberikan dengan menyediakan khidmat nasihat secara menyeluruh kepada syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan.

 

“Sejak TERAJU mengambil alih program ini  daripada Kementerian Kewangan pada 2011, sebanyak 13 syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan,” katanya pada Pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017, baru-baru ini.

Husni menambah, kesemua 13 syarikat SJJB itu sudah mencatatkan pertumbuhan nilai permodalan pasaran yang ketara berbanding ketika mula disenaraikan.

Beliau berkata, pada mulanya, hanya lima syarikat Bumiputera yang menyertai program itu disenaraikan di pasaran saham tempatan dengan jumlah nilai modal pasaran lebih RM900 juta.

“Namun, susulan pertambahan lapan lagi syarikat, jumlah nilai permodalan pasaran semua syarikat melonjak sehingga mencecah RM7.8 bilion ketika ini,” katanya.

Husni berkata pada tahun ini, dua syarikat disenaraikan termasuk Serba Dinamik Holdings Bhd.

“Serba Dinamik mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan nilai permodalan pasaran syarikat itu kini mencecah RM2.5 bilion berbanding RM2 bilion ketika disenaraikan pada Februari lalu,” kata beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 May 2017 9:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: