Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Teresa bertindak seperti menteri pertahan Kit Siang

14 NOV: Dalam keadaan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sedang membahaskan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa berhubung isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Teresa Kok bangun cuba tunjuk pandai apabila ingin menjawab soalan tambahan yang dikemukakan ahli parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul kepada Bung.

Keadaan itu sepatutnya tidak berlaku kerana soalan tersebut hanya boleh dijawab oleh Bung, bukan Teresa yang merupakan Ahli Parlimen DAP Seputeh.

Othman sebelum itu meminta Bung menjelaskan keadaan Gelang Patah yang alamatnya tidak jelas dan umum mengetahui bahawa ia hanyalah merupakan sebuah gudang.

Namun Teresa bertindak mempertahankan penasihat partinya, iaitu Lim Kit Siang namun dihalang Timbalan Speaker, Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Seputeh tidak boleh menjawab Pendang ya,” kata Ronald ringkas.

Othman kemudiannya bangun mencelah dengan menjawab ‘Seputeh menteri kah? Tak payah jawablah’.

Teresa selepas itu terus menukar soalan dengan meminta penjelasan daripada Bung.

“Kalau bekas Pengerusi SPR dah insaf dan bertaubat dia tahan korupsi oleh MO1, Kinabatangan perlu belajar dari dia,” katanya.

Bagaimanapun Bung tidak mahu menjawab penjelasan tersebut kerana terkeluar daripada topik yang dibincangkan.

Terdahulu, Bung mempersoal tindakan pembangkang yang sering tidak berpuas hati dengan SPR dengan menyatakan terdapat pengundi hantu dan sebagainya.

“Waktu kalah kata tak telus, kalau menang diam, kenapa tak fikir yang Kuantan menang dan duduk sebelah sana dapat undi banyak?” soalnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 November 2017 4:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: