Kategori Berita Utama

Teresa bising dakwa SKMM tidak siasat beliau jadi mangsa Facebook

12 MAC: Isu penyalahgunaan media sosial termasuk Facebook yang dibangkitkan ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok di Dewan Rakyat pada Khamis ibarat meludah ke langit.

Beliau yang bangun ketika solan tambahan berkaitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyatakan rasa tidak puashati kerana menjadi mangsa Facebook.

teresa kok fb fitnahTeresa mempertikaikan kenyataan beliau dalam Facebook yang dakwanya direka melibatkan tragedi kehilangan misteri MH370 dan juga pengagihan wang zakat kepada orang Cina di negara ini. 

Katanya, beliau tidak mendapat jawapan daripada kementerian dan menuduh kerajaan hanya mengutamakan aduan pemimpin BN sahaja.

“Kalau tak perlu buat, jangan buat”, itu jawapan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jalani Johari seolah satu sindiran kepada Teresa.

“Sedikit nasihat untuk Seputeh lah, kalau Seputeh rasa tak perlu buat, maka tak perlu dibuat, jadi apabila buat, benda ini menyusahkan,” kata Jalani.

Terdahulu, Jalani dalam jawapan kepada soalan asal yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad Wasali menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain dalam menguatkuasakan undang-undang media sosial dan penyalahgunaan internet. 

Menurut beliau beberapa undang-undang terpakai dalam menguatkuasakan perundangan melibatkan media sosial bagi tujuan mengawal penyalahgunaan di kalangan pengguna internet. 

“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu-satunya udnang-undang yang terpakai dalam menangani penyalahgunana media sosial internet, antara undang-undang lain yang terpakai adalah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1927, Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Komputer 1998, dan Enakmen Jenayah Syariah,” jelas beliau di dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Kerjasama turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila ianya menimbulkan api perkauman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melibatkan sensitiviti agama dan juga agensi-agensi lain mengikut jenis kes.

Siasatan akan dijalankan sebaik mana aduan dikemukakan dan akan disiasat dalam satu-satu tempoh tertentu berdasarkan tahap kesulitan sesuatu kes. 

Setakat Januri hingga Februari tahun ini, sebanyak 17 aduan telah diterima pihak SKMM dimana dalam msa tersebut empat kertas siasatan telah dibuka. 

“Baki 13 aduan telah diambil tindakan yang sama, sama ada untuk sekatan ataupun melaporpkan penyalahgunaan ekpada pentadbir laman sessawang dan juga dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang lain.

“Sehingga kini sebanyak 20 kes telah dibawa ke mahkamah bagi keslaahn di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, antaranya melibatkan suspek yang bertindak memaparkan komen yang bersifat jelek dalam blog terhadap Yang Amat Mulia Sultan Johor, telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 dibawah seksyen 233 AKM 1998 ” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut sempat mengingatkan rakyat Malaysia agar berwaspada dan mengamalkan etika yang betul dalam menggunakan kemudahan media sosial ketika negara menghadapi cabaran berhubung kehilangan pesawat MAS MH370.

Jalani berkata, penyebaran maklumat dari mana-mana sumber yang diragui dan tidak sah bukan sahaj boleh menyebabkan kebimbangan dan menjejaskan siasatan, tetapi turut menghiris perasaan mereka yang terlibat di dalam kes ini. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2014 12:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: