Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Teresa dakwa orang dalam DAP fitnah salahguna dana

11 FEB: Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok menyalahkan orang dalaman partinya sebagai punca dirinya difitnah menyalahgunakan dana pilihan raya lalu.

Teresa yang sedang berdepan kontroversi klip video Tahun Baharu Cina yang dianggap menghina penduduk Sabah, menganggap laporan rasuah yang membabitkan  dirinya itu merupakan tindakan membalas dendam orang dalam parti sendiri.

teresadapPada Isnin, seorang ahli DAP, Danny Leong Eng Tiom menyerahkan dokumen kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana pilihan raya berjumlah RM186,000 yang dipercayai dilakukan Teresa.

Leong diiringi oleh bekas pembantu peribadi Teresa, Tony Tan juga turut mengemukakan bukti penyelewengan oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh itu.

Sebelum ini, Teresa sudah menghantar notis saman RM10 juta terhadap Leong kerana membuat dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Teresa dilaporkan beliau tidak mempunyai halangan SPRM melakukan siasatan terhadap akaun banknya.

“Saya tidak bimbang kerana semua akaun saya berada dalam keadaan sempurna. Sebagai wakil rakyat DAP, kami telah mengemukakan akaun masing-masing kepada firma perakaunan bertauliah untuk pengauditan ketika sebelum dan selepas pilihan raya umum,” katanya.

 

Menurut Teresa beliau menamatkan perkhidmatan Leong kerana kononnya pembantu tersebut  menimbulkan banyak masalah yang berkaitan dengan dana dalam parti.

 

“Kami juga menerima aduan daripada sebuah kuil dan sami di situ memberitahu saya mengenai penyelewengan berkenaan,” tambah Teresa lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2014 10:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: