Kategori Berita Utama

Teresa terima salam ‘telor’ ketika ceramah di Permatang Pauh

6 MAC :Ceramah babitkan Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok di Taman Cermai, Permatang Pauh, malam tadi kecoh gara-gara seorang lelaki tidak dikenali bersalam dengan Teresa sambil tangannya mengenggam telor.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa lelaki itu atau apa motifnya.

Lelaki yang tidak dikenali berusia sekitar 30 tahun telah pergi bersalam dengannya selepas beliau sampaikan ceramah di situ.

teresakoktelor

Teresa ketika hadir ceramah malam tadi

Bagaimanapun, telur itu pecah semasa mereka bersalam. Tidak diketahui sama ada telor biasa atau busuk.

Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam.

Lelaki itu dikepung oleh hadirin lain dan kemudiannya diserah pada polis.

Di situ Teresa menyampaikan ceramah mengenai isu video Tahun Baru Cinanya yang cetus kontroversi.

Sementara itu belum apa-apa lagi diketahui pasal lelaki itu dan motifnya kalangan pemimpin pembangkang sudah cuba main sentimen mengaitkan insiden kecil itu dengan protes penyokong kerajaan pada video itu.

tweetteresaMenerusi laman Twitternya, Teresa menulis ‘ perbuatan samseng terhadap saya hanya tweetteresa1akan memburukkan imej UMNO & BN dikalangan masyarakat krn tuduhan yg tdk berasas dimulakan pemimpiinnya,”.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2014 9:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: