Kategori Berita Utama

Azmin tergesa-gesa nak laksana projek Wetland meragukan

9 MEI: Sikap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang secara tergesa-gesa mahu melaksanakan projek di Paya Indah Wetlands walaupun menerima banyak bantahan dan masih tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dilihat amat meragukan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan Azmin itu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena apabila Kerajaan Negeri Selangor masih berdegil mahu meneruskan projek walaupun mengetahui kesan kepada alam sekitar di kawasan tersebut.

“Jadi kerana kerakusan kerajaan negeri nak mencepatkan projek di Wetland ini, mungkin ada sebab-sebab tertentu, mungkin nak dekat pilihan raya ini, mungkin ada perkara tertentu yang mereka bincang dengan pihak pemaju, sebab itu mereka nampaknya tergesa-gesa melaksanakan projek ini,” kata Noh kepada media.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor ditemui ketika program penyerahan bendera Sang Saka Bangsa daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang di Hentian Rehat Plaza Tol Gombak hari ini.

Noh juga membidas kerajaan negeri yang menggunakan kuasa mereka dengan membelakangkan pihak berkuasa apabila tidak meminta kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara dan berkeras untuk meneruskan projek tersebut.

“Pulau Indah ini memang kuasa kerajaan negeri, kita walaupun Majlis Pembangunan Fizikal Negara tidak membincangkan dan meluluskan lagi projek ini tetapi apa pun kita kena akur, ini adalah kuasa kerajaan negeri,” katanya lagi.

Menurut Noh, pergolakan pembangkang sengaja diwujudkan bertujuan untuk menutup perpecahan dalam kalangan mereka dengan harapan rakyat dapat melupakan kesalahan yang dilakukannya itu.

“Mereka sengaja timbulkan isu pergolakan ini supaya rakyat lupa bahawa Pas sudah memutuskan hubungan dengan mereka, supaya rakyat juga lupa bahawa pemimpin mereka hari ini sedang berdepan pendakwaan SPRM dan supaya rakyat lupa bahawa pembangunan di Selangor di Wetland sebagai contoh yang dibuat tidak mengikut peraturan akan dilupakan oleh rakyat,” katanya.

Jelasnya, strategi pembangkang adalah jika tidak dapat menyelesaikan masalah, mereka akan mencipta masalah untuk mengelirukan rakyat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 7:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: